Assalamualaikum,
Apa khabar awak di sana? Kami disini sihat-sihat belaka. Lama sungguh kita tak berjumpa, kan? Entah bagaimana agaknya keadaan awak di sana...
Ni apahal gua tulis surat pulak ni?
Sori, sori... Salam pada yang masih lagi mahu menjengah blog ni. Lagi sekali bila gua bukak je blog, terus nampak kambing berlari sambil naik skateboard. Memang ada banyak cerita tapi gua malas nak cerita sebenarnya. Kehkehkeh! Jangan kata nak cerita dekat dalam blog ni, artikel yang editor mintak pun gua tak buat. Macam-macam masalah yang gua dapat kebelakangan ni...
Tujuan gua menulis kali ni sebenarnya nak bagitau yang gua akan menulis sebuah cerita bersiri dekat sini nanti, sepertimana tajuk entri yang terpapar di atas. Bergenre mistik, seram, geram, garam, peram, Param, suma-sumalah! Okeh, mistik dengan seram je... yang lain tu nampak bona membongak eh, yo tak? Kehkehkeh!
Maka disebabkan malas nak cerita panjang, tunggu jelah cerita baru tu nanti yang masih lagi difikirkan tajuknya. Lupa pulak nak cakap, cerita bersiri gua kali ni bukannya satu cerita dalam banyak episod tapi ada banyak cerita dalam banyak siri. Macam tulisan gua 'Siri Bercakap Dengan Setan' dan 'Ini Aku, Ini Cerita Aku' dululah nak senang cerita.
Jumpa lagi bila terbitnya siri baru gua nanti...
.::Al-Kisahnya::. | Pengembala Kisah
Cita-cita kita sebenarnya ialah untuk menjadi orang...
22 Februari 2013
19 Disember 2012
Kantoi Yang Ter'kaber'
Salam..
Sedikit masa dulu kita pernah dikejutkan dengan ramalan kiamat oleh kaum Mayan seperti yang pernah gua ceritakan di sini (post mana satu, pandai-pandailah korang cari). Dan di dalam artikel gua tu juga, gua membidas bersama secalit fakta ringkas dan juga sepotong dua ayat dari al-kitab.
Kalau diikutkan kata ramalan 'kalendar paling tepat' puak Mayan, kita sudah dekat. Hari ni sudah sembilan belas haribulan. Tinggal berapa hari lagi kita akan mendengar tiupan sangkakala. Tapi sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab suci Islam iaitu Al-Quran, tidak ada sesiapa pun yang tahu bila akan berlakunya hari kiamat melainkan ianya datang secara mengejut.
Bermakna segala ramalan puak Mayan, ramalan Nostradamus juga adalah cerita bohong. Macam mana orang-orang ni boleh tahu sedangkan Rasulullah S.A.W. iaitu rasul terakhir yang menerima wahyu melalui malaikat Jibril sendiri tak pernah memberitahu dengan tepat?
Berbondong-bondong ahli akademik Barat cuba meyakinkan masyarakat dunia supaya percaya dengan kata-kata diorang sedangkan kita umat Islam cuma percaya dengan hari Kiamat, bukan percaya dengan tarikh hari Kiamat. Takde pun tulis macam tu dalam rukun iman?
Dan bila semakin kita dekat dengan tarikh ramalan walhal diorang mula perasan yang mungkin tak ada apa-apa pun akan terjadi, keluarlah statement macam ni;
"The ancient Maya are usually cited as the predictors of the world coming to an end this month: One of their "great cycles" supposedly ends now. But the Maya were brilliant mathematicians and fantastic record keepers. They didn't have just one calendar. They developed many different kinds, including a cyclical solar calendar and a sacred almanac. They also measured time with something known as the Long Count, which were great cycles of 5,000 years."
"Somewhere along the way a rumor spread about the current great cycle, indicating it ends on December 21, 2012. This sparked the belief among some that the last of our days are upon us."
Sumber: National Geographic (bacaan penuh di Maya Calendars Actually Predict That Life Goes On)
Macam kaber line je bos?
Maknanya dokumentari Mankind: The Story of All of Us bukan lagi buku log kehidupan manusia selepas ketiadaan manusia untuk rujukan para 'doomsday preppers'? (Gua rasa laa pasal tetiba je nak buat dokumentari macam tu dekat-dekat nak 'kiamat') Itupun bukan semua benda yang difaktakan dalam dokumentari tu betul. Banyak yang bercirikan 'dia je yang nak menang' gua tengok. Telah disebut bahawa tidak ada kehidupan di dunia ini yang akan selamat dari Kiamat, buat apa nak bersiap-sedia dengan topeng gas, alat bantuan pernafasan, first aid kit semua tu?
Kan lagi baik kalau kita bersedia dengan amalan yang dah diwajibkan ke atas umat manusia?
Daripada cerita ini maka bolehlah gua simpulkan bahawa, diorang ni dah kantoi bidaah, pergi kaber dengan bidaah jugak..
| Artikel ni: |
07 Disember 2012
Baik... Baik Ada Makna Tu!
![]() |
| Klik gambar untuk versi raksasa |
"You tak minum ke?"
"Mana ada... I tak minumlah..."
"You selalu sakit-sakit kan? Minum itu Stout banyak bagus oo..." (sambil menunjukkan isyarat ibu jari naik pada gua)
"Ya ka? Takpelah... Ginseng pun bagus kan?"
"Ginseng banyak mahal.. Ini Stout kasi you punya badan panas... Bagus untuk you punya kesihatan maa..."
"Kita orang, sana neraka punya tempat lagi panas..."
Perbualan diakhiri dengan gelak ketawa. Gua dari dulu sampai sekarang memang tak pernah teguk pun air berstatus haram ni. Harapnya sampai bila-bilalah pendirian gua tak berganjak.
P/S: Gambar bertarikh 1968.
| Artikel ni: |
Langgan:
Catatan (Atom)

